Saturday, December 25, 2010

Sept, Oct, Nov and Dec

haha, lama gla kot aku xupdate blog ni.

ape aku wat sepanjang 4bulan ni, mema aku sendiri pun da lupa kata aku ade blog.

actually cemana aku leh tingat blk kat blog aku ni? sejak satu ari dlm kelas operating system administration 1, using windows 2003 server, so ade la kna wat server2bagai, skali cite pasal ftp, and aku biasala kalo da ngaja sure terlalut sampai cite pasal blog bagai. siap leh cite cemana nk wat duit pakai blog g, hehe

ermm, september bulan 9, aku pun da lupa ape aku wat, dem. tu la masalah bila ko nk update blog tp yg 3bulan lepas punya..hehe
eh bulan 9 raya puasa kan?

bulan 10
biasa la, bila class da start, banyak la menda nk kna wat. bukan takat nk ngaja je, ade la menda2lain gak nk kna wat. so mema dr bulan 9 keatas tuh aku mema bz je:P

bulan 11
ni bulan paling best, sbb raya aji satu halla..hehe
bulan ni gak aku n geng lect kat gmi g cisco symposium kat langkawi, best la sbb aku pn da tggl menda ni da lama, dekat 4thn lebih da, jupe blk lect2lama, kenal2dengan awek2yg terel cisco...awek je, yg laki kerek so xyah amik port...ngahaha
actually, aku ni nama je org penang, tp mema aku xpenah pun smpai langkawi :P so bila ada event kat langkawi ni secara xsengaja aku pun amikla peluang nk berjalan taapiiii adoo..nk berjalan celah mana, sampai je langkawi, g sheraton, pastu da ptg da start event, 2nd day full blast, satu hari, amik ko.
last day tu abis da kol 1, lunch sesiap pastu br g jejalan langkawi :P mema aku da plan ngn budak2nk amik flight lmbt ckit, so ade la masa nk berjalan kejap:P sewa kete, g jejln jap kat langkawi, sib ade gps :P

bulan 12.
bulan paling bz, dengan nk marking paper students, pastu adik aku pun time2tuh la nk kawin, birthday ank aku lg, banyak menda la bulan12 ni. ok kita start dengan adik aku kawin, kat paroi 11/12/2010, da sah2aku je yg ade kat kl ni, jd waris keras la utk belah cni. pastu 18/12/2010 lak kenduri belah penang, mema agak penat tp best sbb mema unik ckit kali ni, lgpun masak pakai kampung. nasi merah kukus, mema xdak juai punya.

mlm kenduri,lepas da abis sme da, ape lg, aku,bini aku n ank aku cabut la g makan char koew tiaw telur ayam dibasuh:P sorg 2 pinggan :P aku da xcya da kalo tulis char koey tiaw pulau mutiara ke ape, konpem bukan penang mai punya..:P

ok tu je update utk 4bulan, pasni aku akan cuba update dengan lebih kerap lg :P

p/s gmbr sme dlm BB aku, nnt la aku upload :P

Saturday, August 21, 2010

Senarai Hotel Buffet Ramadan 2010 Tidak Patuhi Piawaian Halal

Assalamualaikum, salam ramadan and selamat berpuasa :)
Sory lama xupdate lak, biasa la da nama bulan ramadan mema la bz nk mencarik makanan yg ada kat bazar, masa ni la nk rasa makanan yg rare or jarang dpt time bulan xpuasa:P kat bangi ni je ade dekat 3bazar ramadan, kat seksyen 8, 1, and 3tambahan, sme best :D

So far aku xde lak berbuka kat luar lg, and almost everyday aku berbuka kat umah mak mertua aku kat bandar tun razak kecuali weekend...biasa la bini aku nk tunjuk skill dia masak, kalo kat umah mertua aku mema konpem kna titik ngn mak aku...hehehe aku pun layan je la walaupun tiap2bulan puasa aku da tau da ape mknn sahur bni aku masak....konpem nasi goreng :P


hak, quick update.. aku terbaca kat blog budiey.com (budiey aku amik xmintak permission tp aku letak link blog ko,kira ok la kan:P) ni mema agak mengejutkan jugak sbb aku mema xsangka restoran kat bangi ni xlepas lak piawaian halal..tp aku xpenah bukak puasa kat ctu lg..hehe
Actually aku da banyak kali surf kot2ade info pasal menda ni, aku pun xphm knapa kal kat paper or kat news sme xbgtau nama hotel, nk ikut prosedur la ape la...padahal kalo da konpem kat ctu xhalal, upload jela kat web jakim tu,senang org nk refer. mema tggjwb sme pun nk elakkan makan kat ctu.

sila scroll ke bwh, rest no 15 and 11, both kat bangi. Yg lain leh la refer la kot2korang ade plan nk buka kat hotel/tempat2 yg ade list kat bwh, try la elakkan :)

sharing is caring :)

PERKEMBANGAN PENSIJILAN HALAL KEPADA HOTEL MELALUI JAKIM SEPANJANG 10 RAMADHAN PERTAMA 1431H

Ini maklumat baru yang dikirimkan oleh JAKIM kepada Budiey. Harap kalian baca dan teliti betul-betul ya. Dan sebarkan link ini kepada kawan-kawan dan sedara mara.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menjalankan pemantauan terhadap 34 buah hotel yang menawarkan sajian “Bufet Ramadan” bermula pada 1 hingga 10 Ramadan 1431 Hijriah di beberapa buah negeri di Malaysia. Kesemua pemeriksaan dan serbuan tersebut telah dilaksanakan di sekitar Kuala Lumpur, Pahang, Selangor dan Kedah. Hotel-hotel tersebut meliputi hotel 5 bintang, 4 bintang dan 3 bintang ke bawah.

Dalam pemeriksaan tersebut, sebanyak 2 buah hotel telah memperolehi sijil halal Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Penemuan turut mendapati sebanyak 34 buah hotel telah menggunakan istilah Buffet Ramadhan dan 24 buah hotel didapati menggunakan bahan yang diragui halal.

Tujuan pemantauan ini diadakan adalah untuk memastikan premis berkenaan menyediakan makanan halal yang mematuhi hukum syarak. Di samping itu juga, ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pihak berkenaan terhadap tanggungjawab dalam penyediaan makanan halal kepada pengguna Islam.

Hasil pemantauan tersebut, didapati 70 peratus daripada keseluruhan premis berkenaan tidak memenuhi keperluan piawaian Pensijilan Halal Malaysia. Promosi buffet Ramadan yang ditawarkan adalah jelas tidak menepati Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan ‘Halal’) 1975.

Antara hasil penemuan ialah penggunaan bahan mentah yang berasaskan alkohol, bahan ramuan yang diragui, bahan mentah yang tiada pengesahan halal, ayam daripada sumber yang tidak jelas dan percampuran di antara bahan mentah halal dengan tidak halal di kawasan penerimaan (loading bay) dan stor penyimpanan.

Walau bagaimanapun, kesemua pihak premis memberikan kerjasama dan maklumbalas yang baik di sepanjang proses pemantauan ini dijalankan. Pihak premis juga menyatakan minat dan kesediaan untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)

JAKIM akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan bersama KPDNKK kepada hotel-hotel ini pada setiap hari sepanjang Ramadhan. Oleh yang demikian, semua pihak hotel diingatkan agar tidak menyalahguna terma Buffet Ramadhan yang boleh memberi kekeliruan kepada pengguna yang mengunjungi hotel bagi berbuka puasa. Sebagaimana yang kita ketahui, penggunaan istilah Buffet Ramadhan merupakan perbahasaan halal dan ianya boleh diambil tindakan sekiranya terdapat penyalahgunaan.

Sementara itu, sepanjang 10 Ramadhan pertama ini, JAKIM telah menerima sebanyak 16 permohonan daripada hotel-hotel seluruh Malaysia. Daripada jumlah hotel tersebut, sebanyak 9 hotel telah memperlengkap dokumen dan sedang diproses dan sebanyak 7 hotel masih belum melengkapkan dokumen mereka. Manakala sebanyak 2 hotel telah diberikan sijil halal dalam tempoh 10 Ramadhan ini. Hotel-hotel tersebut adalah JB Central, Johor dan Pearl International, Selangor.

Suka JAKIM mengingatkan kepada pemohon yang memohon secara on-line agar segera menghantar dokumen sokongan mereka bagi mengelakkan permohonan mereka ditolak secara automatik oleh sistem e-halal sekiranya melebihi 5 hari permohonan.

Seterusnya, JAKIM ingin memaklumkan bahawa mana-mana permohonan (produk/ premis/ rumah sembelih/ logistik) boleh mengemukakan permohonan kepada JAKIM / JAIN.

JAKIM juga amat menghargai kerjasama pihak Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) yang telah mewar-warkan senarai hotel yang telah diberikan pensijilan halal oleh pihak berkuasa negeri kepada pihak media untuk makluman orang ramai.

Sehubungan dengan itu, JAKIM menasihatkan pengguna Islam supaya berhati-hati memilih makanan halal dan mengelakkan daripada perkara yang was-was seperti sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

“Yang halal itu sudah jelas dan yang haram juga sudah jelas, di antara kedua-duanya ada beberapa perkara yang belum jelas hukumnya (syubhat)”.
HR Muslim dan at-Tirmizi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pensijilan halal JAKIM serta senarai pemegang sijil halal Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM, orang ramai bolehlah melayari laman web halal JAKIM di www.halal.gov.my.

Atas jasa baik pihak media dalam mewar-warkan perkara ini kepada para pengusaha hotel di Malaysia khususnya dan masyarakat Malaysia amnya amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

STATISTIK HOTEL YANG MEMPROMOSIKAN BUFFET RAMADHAN YANG TIDAK MEMATUHI PIAWAIAN HALAL MULAI 1 RAMADHAN SEHINGGA 10 RAMADHAN TAHUN 2010

1.
ONE WORLD HOTEL
FIRST AVENUE
Bandar Utama City Center
47800, Petaling Jaya

2.
BISTRO & THEATRE RESTAURANT
139, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC)
Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur

3.
IMPIANA KLCC HOTEL & SPA
No.13 Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur

4.
HOTEL EQUATORIAL (M) SDN BHD
Jalan Sultan Ismail, 50250
Kuala Lumpur

5.
PUTRAJAYA SHANGRI-LA
Jalan Putra Perdana
Taman Putra Perdana
Precinct, 62000 Putrajaya

6.
HOTEL NIKKO KUALA LUMPUR
MTJ Development Sdn. Bhd
165,Jalan Ampang, 50450
Kuala Lumpur

7.
SHAH’S VILLAGE HOTEL
3&5, Lorong Sultan, Peti Surat 115
46719, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

8.
PRESCOOT INN KAJANG
Wisma Metro Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang Selangor

9.
LAGENDA CUISINE SDN BHD
(PRESCOTT INN KAJANG)

10
ORIENTAL CRYSTAL KAJANG
Lot 13, Jln S10/3, Section 10,
Off Jalan Bukit 43000 Kajang Selangor

11.
RESTORAN TUPAI-TUPAI
Lot 1513 Kg. Sg. Tangkas
Bt. 18, JalanBangiKajang, 43000
Selangor

12.
EASTIN HOTEL PETALING JAYA
13, Jalan 6/11
Pusat Dagang Seksyen 16, 46350,
Selangor Darul Ehsan

13.
CONCORDE HOTEL KUALA LUMPUR
2, Jalan Sultan Ismail
50250, Kuala Lumpur

14.
NOVOTEL K.L CITY CENTER
(CONCIERGE-DEPT)
2, Jalan Kia Peng, 50450,
Kuala Lumpur

15.
BANGI GOLF RESTAURANT
Bangi

16.
CITITEL MID VALLEY
Mid Valley City
Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur

17.
KANPEI RESTAURANT
Eminent Pedestal SdnBhd
Lot L1, Lobby Micasa All Suite Hotel
368-B, Jln 1/68F, Off JalanTunRazak
50400 Kuala Lumpur

18.
THE ZON ALL SUITES RESIDENCES
161-D, JalanAmpang, 50450
Kuala Lumpur

19..
THE ROYALE BINTANG
KUALA LUMPUR

20.
R & B SERVICES
BERJAYA TIMES SQUARE HOTEL
1 JALAN IMBI, 55100, KUALA LUMPUR

21.
THE SAUJANA KUALA LUMPUR
SAUJANA RESORT
Jalan Lapangan Terbang SAAS
40150 Shah Alam, Selangor

22.
HILTON KUALA LUMPUR
3, Jalan Stesen Sentral
50470 Kuala Lumpur
P.O. Box 11815, 50758
Kuala Lumpur

23.
LE MERIDIEN
2,Jalan StesenSentral,Kuala Lumpur
50470 Kuala Lumpur

24.
THE REGENCY HOTEL
No.3, Jalan Raja Alang
50300 Kuala Lumpur

Monday, July 19, 2010

Mari makan2 :P

da lama lak aku xupdate menda alah nie...kali ni update sme pasal makan2 je. Actully 2-3 menjak ni aku n wife aku suka mentry makan2kat kedai baru...mana yg sedap aku cite...mana yg xsedap pun aku ckp gak, atleast xde la org nk g kedai tuh da..hahaha....tp sme yg aku cite ni based on ank tekak aku la...:P

1 - Carl's Jr
Hak...kedai ni aku br g 2x..so far mema xpenah mengecewakan lagi la...aku pun br try 3 jenis burger dia...since dia da bukak kat mines, senang la ckit nk g...dlu kat 1utama cam payah (lgpun aku mema xsuka jalan jauh2nie..huhu)
ni set aku n wife order, tp slalunya order satu set, lg satu amik burger je since air dia leh topup2..yg aku makan ni portabelo mushroom n double western burger. Fries dia mema superb,aku suka sbb potongan dia cam besar, makan puas, siap leh peel kasik kat dia insyirah lg...hehe.
ni la portabelo mushroom burger,burger dia mema besar gabak,..mema dia akan balut separuh burger tuh sbb xnk kasik comot bila makan...hehe

Yg ni 1st time try...ok la...tp aku lebih prefer makan superstar burger sbb dia agak sedap bg ank tekak aku...hehe

Yg ni nama dia chilli fries...dia pake fries yg kat atas td gak...tp dia letak cheese n aku rasa cam daging cincang cili pun ade...masyuk gak nie...tp kna makan panas2,kalo tapau agak kurang sedap ckit rasa dia...hehe

p/s : so far buger yg penah aku rasa is superstar (*recommended), portabelo mushroom (banyak gla mushroom dia letak) n double western burger (boleh la tp sedap lgla dr sme burger kat mc'd..muahaha)
p/ss : aku bukan xnk makan kat sana slalu..tp rega dia agak mahal tp its worth sbb burger dia mema besar.

2- kedai ayam penyek API (seksyen 15, bandar baru bangi)
Ni di recommended oleh opismate aku, dia kata kedai ayam penyek ni mema masyuk.,..ape lagi...aku pun mentry la ayam penyek dia...saja nk test kepenyekan ayam tuh...hahaha

aku order 3 jenis lauk je...yg ni dia panggil dendeng balado (mema ejaan dia camtuh) . daging dia ckit je...ade la dlm 5ketul camtuh...pastu dia letak cili atas tuh..tp each set dia akan siap dengan kankung celur n tempei...okla :P

Yg ni aku niat order sbb tade kuah...aleh2 masak lemak pucuk ubi ni mema menangkap la...banyak gla portion dia...mema berbaloi2...makan 2org pun lom abis lg...
Yg ni mema aku recommend sgt, ni la yg dipanggil ayam penyek...mema terserlah aym tuh kna penyek...tp best sbb daging dia lembut kira cam effortless la...ko xyah nk tarik sampai 2belah tgn..guna jari pun boleh...hehe. Set ni come with kangkung celur n sambal dia yg menangkap..besh2:D


ni jela set aku lunch utk aritu...overall berbaloi esp for ayam penyek n masak lemak pucuk ubi tuh...btw, aku da makan separuh baru tingat nk amik gamba...tuh yg ayam tuh ade kesan cubitan disitu..nmpk x jari dok amik dendeng tuh..tuh bini aku la tuh...xthn da ngk...cedap...muahaha...:D

3 - Village view, jalan reko.
tempat ni mema aku recommend la makan kat sana...since aku makan kat sana da dekat sethn lebih...xpenah la mengecewakan lg..esp dia punya tomyam...sma je rasa dia...menangkap:P
Actually xplan pun nk makan kat cni...tp since masa quarter final world cup aku bet ngn bini aku sape kalah kna banje..aleh2 team dia kalah...so dia la kna banje makan...(tp aku gak yg bayar,ckp je dia banje..huhu)

da kata org banje..ape lg mema dr pg la aku xmakan pape...simpan perut utk makan ni je...ni pun aku makan da dekat kol 4lebih da...yg kat atas tuh mema menu wajib kalo aku makan kat cni..tomyam daging...kuah dia mema mantap..kalo makan bihun tomyam lgla masyuk...gulp!
Yg bulat2kuning tuh sotong goreng tepun..best...
yg sayur lak aku amik kailan ikan masin...tp aku cam xbape leh masuk dengan sayur kat cni...rasa dia leh makan tp aku agak xleh masuk, even kankung goreng belacan dia pun leh la makan..hehe


Yg ni mema 2bulan skali konpem aku g makan...xtau nape tp aku mema suka siakap 3rasa nie...mema lawan ratah jela ngn wife aku...hehe (aku da amik isi sebelah, tu yg kuah dia nmpk cam kurang je tuh...da makan br ingat nk amik gmbr..hehehe)

gmbr full view lunch/diner aku aritu..nmpk x jari wife aku...gamba aku amik sme ade je jari dia nk enterprem...hehe

4- GCB - Grill Chiken Burger Mc'd
Ni sme penagruh iklan la nie...aku da elok2nk g makan kat D'one steak bangi, leh la terkona g ke mc'd..tgk iklan cam masyuk je...ape lg...hehe


GCB - Grilled Chiken Burger...kotak dia very impressive...lawa :D

Pembalut dia pun agak menarik...xsabar aku nk bukan yg dlm..hehe

Cam penah ngk roti jenis nie...kat mana ya..

bukak dlm..letak sos ckit pastu makan...agak sedap tp ayam dia mema agak kecik la..bg aku mema utk makan ok la...tp kalo tul2nk full mema aku akan amik big mac la...utk trial for grilled chiken...okla..:P

6-tempat2makan yg perlu korang avoid g.

sesapa yg nk makan KFC esp yg duduk kat area cheras..pls avoid dr g beli kat STADIUM BOLASEPAK KL sbb kat ctu mema servis lembab cam haram, pastu yg duduk kat counter leh gelak2 padahal org yg beratur ni punyala panjang..PR mema lgla cam sampah.
Aku da makan kat ctu 2x, xtau nape ayam dia rasa agak kureng dibandingkan kalo beli kat tempat2lain...nape ntah...padahal sma je recipe dia...
cth smlm aku g beli kat sana,since aku ingat da berubah la,dekat sethn aku xbeli kat ctu...aku beratur dah kat 10 minit br 2org dia layan...pastu ade akak dtg tanya pocketfull dia da siap ke lum, kata 10 minit..rilek je minah counter tuh ckp...akak nk kansel ke order td? pergh...org tuh da tggu 10 minit..atleast ko mintak maaf ke ape...kerek gla...mema sampah la KFC kat ctu..

kalo pizza hut, mema so far kat bangi nila paling sampah...topping pizza tuh mema ckitla..kalo dlm iklan ckp lebih cheese...kat bangi mema kurang tul cheese dia...mema leh rasa different kalo makan kat tempat lain. Cni pun mema servis sampah gak...nk2kalo ko g nk berbuka puasa kat cni...pastu wat pizza mema slow...kalo ko gastrik,mema da guling2br sampai pizza ko...hehe....


Okla, nnt kalo aku g try tempat yg lain aku try amik gamba dlu br makan...:P
asal aku rasa cam lapar je neh..demit:P

Tuesday, June 15, 2010

Dhia Insyirah da 6 bulan

Semalam genap la ank aku da masuk 6 bulan
da...mema kejap jela rasa budak kecik ni membesar...

1st month - masa ni dlm pantang agi...yg dia tau isap nenen je...:D
Seari lepas Dhia Insyirah kuar..ape perasaan bla ngk ank dlm condition camni..:(

Kna Kuning lak


Byk x wayar?

Dhia Insyirah sorg je dok kat cni, bykkan wayar kat badan dhia :(

2nd month - wat cukur jambul...masa ni da pandai senyum da...rasa mcm kejap je dak ni da pandai senyum n wat mulut...masa ni dhia insyirah da pandai senyum bla agah...


mulut ape ntah..tp sweet :D


Gelak2:D

3rd month - masa ni da mula isap jari tgn da..sampai meleleh2 air liur...apa sedap sgt ntah jari tuh :P
time ni da kenal org da...kalo 1st time dia ngk...ko terus angkat...mema konpem nangis...pastu dia akan fobia ngn muka ko da...ngk pun terus da wat muka nk ngs...




4th month - da start meniarap...tdo pun da xterlentang...apa barang tdo telentang...mestila mengiring...kata ikut sunah :D serius aku jarang ngk budak tdo mcm ank aku tdo...selamba je tdo ngiring pastu kaki silang...turun mama dia la nie...hehe
masa nk da start kasik dia makan nestum da..just nk kenalkan dengan makanan pejal..wat pun cair sgt...
da kuar perkataan....mcm ckp appa...abbba...mcm tuh la lebih kuang...:)



Jari kat mulut, kaki mesti silang :D

5th month - dok angkat2buntut da...nk merangkak agaknya...pastu skg da advance...apa barang isap jari tgn...ibu jari kaki lg sedap kot...muahaha....


yg best jg dhia insyirah sepanjang 6 bulan ni:
- jarang menangis...nk dgr dia menangis mema susah la..mggu lepas aku rasa skali je kot dia ngs..yg lain sme dok menjerit je :D

- suka senyum - kalo jupe agah je..konpem dia senyum...agah je,jgn amik dia..kang elok2senyum terus ngs..huhu

- bgn tdo xpenah ngs...yg ni aku paling suka...dhia insyirah ni kalo bgn tdo, slalunya dia senyum...jrg sgt la dia bgn pastu ngs...

- bgn tgh mlm cari mama dia - aku suka gak yg ni...dia kalo bgn nk susu ke ape, dia xkn ngs...dia akan pusing ke mama dia, n ketuk2ngn tgn or kaki dia..bila mama dia da bgn dia sengeh la :) papa watpe, tdo la...dhia insyirah ni full bf, papa bgn pun nk wat ape...muahahaha

- nk tdo mlm mesti kna ada org sblh...slalu kalo tdo atas katil tuh..mema dia rapatkan sampai aku xleh nk pusing.

- kepala mesti berpeluh...org lain peluh kat bdn, dia kat kepala lg banyak berpeluh...pantang panas ckit, sure peluh kepala dia...tdo atas katil nenek tuh mema bertompok la...bgn tdo je sure ade tompok kecik je peluh dia...hehe..

- xsuka g giant / tesco, yg ni aku xtau la perasaan aku ngn wife aku jeke or kebetulan. kalo aku parking je kat dedua tempat ni dia ok lg...tp bla da masuk mema 10 minit je...sure dia akan wat hal..ngs la, nk nenen la..ade jela. Tp cuba masuk sogo or JJ..leh ngk dia punya sengeh cemana..nk2sogo la...org amai cemana pun xde nk ngs nye...sengeh je dok dlm stroller tuh..kalo nk kata xsejuk kat giant n tesco tuh aku pasang kipas kat stroller tuh..:D

- menyebabkan aku n wife aku kurang shopping utk diri sendiri. kalo g sogo sale ke, sure naik ke lvl kids tuh...ade jela yg nk beli kat budak kecik ni...paling busuk pun selai baju la... pastu trn bwh satu lvl, level bapak dia lak, pastu terus lik..muahaha..mama dia tlg ngkkan bj kat kitorg je...muahahaha
p/s : ade yg kata kat aku..ko kaya leh la beli bj kat sogo! - komen aku, yg ko g beli time xsale watpe, aku g time sale, rega yg 50 leh jd 15..da sama rega ngn pasar mlm da, tggl nya berjenama la bj tuh:D JJ pun aku shopping time membercard sale, selai bj yg 40+ leh tggl 10, bijak x ? :D



Parenthood is one of the best experience in my life :)

Wednesday, June 09, 2010

Update selepas 5 bulan

hak..salam2...mesti lu orang rindu nk bc gua punya blog kan...muahaha...ade ke org bc blog aku neh???

Actually agak bz la nk mengupdate blog neh...kelas da start masa tuh...pastu skg aku da kne ulang alik dr bangie nie ke BTR sbb mertua aku yg jg ank aku...tp xkisah la...tuh sme alasan je malas nk update blog neh...hehe

Skg ni budak2gua sme ngh exam n pasni derang sme bercuti...tp gua still gak stay kat opis neh....mengritekan paper budak2 neh. Ok...sepanjang peninggalan gua dr blog neh...actually banyak menda nk update...nnt aku ingat aku update kendian2..

++ Cukur jambul n Aqiqah Dhia Insyirah ++

Cukur jambul n aqiqah ni diadakan di umah mertua aku kat Bandar Tun Razak...sbbnya senang umah dia kat bawah..umah aku nun dia atas...lg pun kat sana senang sedara mara nk datang...
Majlis start kol 11 am camtuh sbb ade org yg datang marhaban sme..pastu terus la potong jambul ank aku, jambul dia pun mema ciput je..hehe...

Dhia Insyirah wat mulut pelik :P

Aku ngh showoff ank aku..hehe

Marhaban in purple..lawa lak kale neh, jom wat bj raya kale ni nak?


kol 12 camtuh br la sedara mara datang...actually masa nk aku br lik dr hospital aku mema xkasik org datang sgt cause my baby so fragile..Dr advised elakkan dr org amai..takut ade yg datang selsema ke batuk ke senang effect kat ank aku...so bila wat cukur jambul ni org datang skali je..pastu lik..hehe...

Bab makanan ni aku paling suka...yg aku order xde la banyak mana pun...tp yg disponsor ni banyak....kuih je da berjenis...ade kuih kuaci, roti jala, agar2 cincau, karipap, popia, kuih bakar n bubur durian...banyak x? yg main course lak ade nasi minyak, kambing masak kuzi (kuzi tuh bukan org ye..ade gak yg xphm kang ckp kambing leh masak ke??sepak nak??..muahaha) acar buah, ayam masak merah pastu ape lg satu ntah..tp mema cukup la untuk menyenyangkan org yg datang...n air mestila air mata kucing.. (Sedap x..rugi kan ko xdtg..hehe) kesian kucing..air mata pun org minum...misai dia pun org wat air...muahahaha

Ye makcik...jgn makan kambing lebih2..kang tumbang payah sy nnt :P

Kuih ni mema terbaik...sme sedap :D yg nmpk perut tuh dia la penjaga kuih2tuh..muahaha

Majlis abis dalam kol 4 lebih camtuh..alhamdulillah sme settle dengan aman...xde rusuhan sbb xcukup makanan ke ape...siap leh tapau2kasik kat jiran2 lg...

Time kasih kat sme yg dtg....belah penang xdpt dtg...so akak aku yg lumut jela datang dengan bala tentera dia...adik aku dengan kawan2umah sewa dia....yg belah ipar aku sme ade...derang la yg sponsor kuih la, tlg kemaskan ape2yg patut...gua? eh gua tuan rumah...mana leh wat kje...muahahaha...

Time kasih gak kat sme yg kasik adiah. Aku suka wat kenduri camni sbb dapat adiah banyak...aku happy lebih sbb aku masa kecik sampai besar mana dpt adiah camni...kalo dapat pun sbb menang pertandingan olahraga n sbb gua pandai kat sekolah....muahaha..

++ Kete ++

Yg ni penting neh...kalo nmpk satria BFQ 6555 tuh korang xyah la cucuk da...aku da xpake kete tuh...siap ade yg roger aku ckp sombong xangkat tgn... da mema aku jual kete tuh...cemana aku nk angkat tgn, tgn nak? :P Der, kalo lu nmpk kete tuh lu jgn la cucuk ke ape...kesian kat owner baru kete tuh...ngn gua dlu leh la lu cucuk..gua leh lari...hehehe...

Gua jual kete tuh pun bukan sbb gua xsuka kete tuh...bila da tiap2bulan gua kna kuar dekat 500 utk repair je..mana larat bai...ngn bini gua nk bersalin lg...kang tgh2nk g ospital rosak...kang dpt ank tepi jalan lak..huhu...

++ Dhia Insyirah blk Kampung ++

Dh dekat 7 bulan aku xlik penang...xleh blah...xpenah aku xlik selama tuh...(aku pelik gak budak2 AF baru 2 bulan xjupa mak bapak da meraung cam hape, gua ilek je...hahaha) tp gua xde la sekejam tuh...gua wat video call ngn derang... tu la untungnya pake celcom 1+5, call pree..muahaha

Sempena cuti wesak itu hari...gua blk la kampung...eh bukan aku sambut wesak la sengal...bini aku ni payah cuti...atleast da dpt cuti 3 ari gua blk la penang....lgpun tokwan ngn tok br jupe 2x budak kecik ni....
Kuar je tol Sg2 gua ok lg...pastu masuk pekan gua da nyaris2sesat..gla berubah pekan neh...da xde koboi maupun kuda2berkeliaran da...kedai mamak sultan pun da xde ( kedai ni lg maju dr carre4 n tesco dowh) gla maju kampung gua..sib baik char koey tiaw rega sama lg...hehehe:P

huk...aman tol sampai umah...da xde renovation da umah aku (dlu bapak aku ni suka wat renovation sendiri...kata tukang...tiap2kali blk ade je yg berubah) udara pun nyaman je...pokok keliling....nk makan mangga g kutip je belakng umah...best kan :D

2nd day tuh gua bw la ank n bini gua g pusing pulau pinang...bini gua ni kata je kawin ngn org penang tp pasembor pun xpenah makan...feri pun xpenah naik, bw la naik...gembira bukan main...gua pun da bape thn xnaik feri nih...asal mcm da laju je feri ni...tukar enjin ke ape?

pastu g jejalan kat batu feringghi, teluk bahang sme..tp otw tuh da xbest la...dlu ijau je..skg da abis lereng bukit jd batu..banyak gla kondo la hotel la baru naik... owh br gua tau hard rock da ade kat penang....tp amai yg g amik gambar gitar kat depan tuh je...bukan check in...huhu....
Bini gua ilek je ckp...alah org tiap2ari lalu depan hard rock kat kl xde lak amik gambar....perak gakkan org penang neh...
wah ni leh mendatangkan marah nie...kang ade yg kna tinggal kat taman rimba neh...sebagai balas dendam gua bw la dia g pusing pulau pinang...g ikut teluk bahang - balik pulau- bayan lepas - jambatan ...hamik ko sampai muntah2...kutuk lg penang...muahhahaa...(jahat kan gua..muahaha..)

kesimpulannya..bini gua da berjaya pusing pulau pinang sambil memusingkan kepalanya...muahaha...
Dhia Insyirah rilek je...leh bantai duduk atas riba aku sambil layan corner kat balik pulau...:D

Blk dr penang..dok umh lepak umah jap...pastu g beli jeruk kat kompleks kailan...Blk tuh terus la g makan makanan feveret gua..char koey tiaw, telur ayam dibasuh (tagline tuh) eh femes dowh, kedai ni la yg sponsor kosmo futsal utara aritu... mcm biasala order mesti 4pinggan...sorg dua...kat kl ni sme tipu...nk2kat veledrom BTR tu...kata char koey tiaw penang..skali yg masak org thai...ko masak tomyam sedap la..aku tenyeh telur ko br tau...demit.

Esoknya lepas nyamuk da kenyang minum darah aku...kitorg pun siap2la blk KL...asal rasa cam kejap je lik penang kali nie...xsempat nk rempit moto baru bapak aku...

Padang kota lama, OTW makan pasembor..gmbr bini aku makan pasembor dia xkasi letak..muahaha

Lawa x rambut minah saleh tuh? time aku nk amik gmbr time tu la dia nk tunjuk rambut dia.

Banyak lak feri aritu..mcm2kaler ade...

ank aku kalo amik gmbr ngn org mcm ni la..kalo sorg bukan main senyum :P
Dhia Insyirah n Mama.


++ My Name Is Khan ++

sob..sob...demit sape la copykan cite ni kat aku....sedih siot cite neh...ade part klaka...smlm br layan...xde menda nk wat...nk tanda paper malas...layan la MNIK nie...dlu gua mema follow cite hindustan ni, skg je da xfollow...tp ngk sinopsis dia cam best je...mema gua suggest la sape nk ngk cte nie...

" My name is KHAN and Im not a terrorist "


udah2la...nk lunch da nie...nnt gua sambung lg :D




Wednesday, January 20, 2010

Alhamdulillah..

Alhamdulillah...da cukup sebulan lebih aku ngak update blog nie...bukan saja2xnk update...tp mema agak kebizian sejak bini aku bersalin...tp skg sme da settle...sementara tade kelas arini n xtau menda ape nk wat...tetiba br tingat aku xupdate da sebulan lebih...hehe..(padahal sebelum ni xupdate sethn ilek je...muahaha)

Kronology.
Ahad 13/12/09
Aku gerak dr bandar tun razak,pastu g kenduri kawan2..sampai la ke ptg...br lik umah aku kat bangie neh..
Apitt& Jai

Haliza&Azfar

Faten&Wok

mlm tuh leh lak bini aku ajak g makan ais kacang yg agak best kat restoren azura bangie nie...g la makan dlu...bini aku sepanjang mengandung xde la nk mintak makanan pelik2ke ape...paling2 kuat pun pizza...hehe...blk dr makan ais kacang tuh...naik lif nk ke umah aku...tetiba bini aku kata suar dia basah...aku leh bantai gelak kata dia terkeceng ke ape...pastu dia kata maybe waterbag da pecah kot..cuak lak aku...masuk umah terus check..roger member aku tanya cemana air ketuban sme..da konpem tuh air ketuban...terus la amik barang2 n terus g ospital pakar annur hasanah (HPAN)...
Sampai je ospital...terus nurse soh naik atas n check ngn midwife dlu..ngk2 mema betul kata air ketuban...cumanya belum bukak lg...so mlm tuh tdo kat spital la...

Isnin 14/12/09
Dlm kol 9 lbih camtuh br Dr dtg..check sme pastu soh turun labour room..lepak jela ngn bini aku kat labour room tuh...lama gak la..tade menda nk wat pun..dok sembang..try bg bini aku xstress sgt..Dr pun dtg check sme ngk cemana...sampai la kol 11 mlm..tetiba bini aku kena demam mengejut...kebetulan Dr ada kat ctu...terus la kne operate..takut effect ke baby lak nnt..aku da rasa xsedap da masa tuh..da jd emergency case da..so aku xleh masuk operation theatre tuh...kalo plan nk ceaser leh je masuk skali...

Tggu jela aku luar bilik tuh...skali midwife tuh ckp baby da ada kat labour room...ngh bersihkan...aku pun masuk la ngk...ngk ank aku nafas macam xcukup oksigen...nafas pun kuat lain macam je...cuak gla aku...masa tuh aku xtau nk wat ape...mak mertua aku pun lom sampai...mema aku xleh nk wat ape...bini aku da bius, ank lak ada infection...lepas dlm kol 12 lebih tuh diorg transfer bini aku naik ke bilik...tp aku xtau status ank aku cemana...pastu br la nurse call aku ckp Dr pakar kanak2nk jupe aku regarding baby condition...

G labour room...aku ngk Dr fatimah n Dr Ros diam je...aku tanya la kat Dr Hadrami ape condition ank aku...dia kata kne lung infection and we need to send ur baby to hospital kajang...erk...asal nk kne anta ke kajang lak nie...aku tanya dia ckp CNI XDE EQUIPMENT..aku terus ckp jela..eh kata hospital pakar...xkn xde equipment lak kot...terus terdiam dia...cemana aku nk wat bini aku kat bangi..ank nk kne anta ke kajang...ape kebangang la hospital nie...kata pakar..cipet la..kalo tau xde equipment baik aku g spital kajang je terus.
Sib baik masa tuh mak, abh, kak ita n hisyam da sampai...atleast ada gak org teman bini aku kat ospital nie.
Da tuh kol 145 br gerak g hospital kajang...which bini aku xsempat nk ngk pun ank aku cemana...pastu kne register masuk Special Care Nursery (ICU kanak2la), masuk je...diorg da transfer ank aku dr incubator ke atas tilam hospital...Dr pas status kat Dr hospital kajang...pastu terus blah...yg aku terkontang kanting kat ctu...kok ye pun ko kasik la no phone ke ape kat aku..atleast kalo ade info yg ko kasik xcukup aku leh la call..sib baik DR kat SCN tuh mema nice..cite ape yg derang akan wat, n estimate bape lama baby aku kat dlm nie...
dekat kol 3 camtuh br aku lik bangie..nk ngk bini aku lak...serba salah nk tggl ank sorg2kat sana...sib nurse n Dr kat SCN tuh very supportive...

kol 3 lebih aku sampai ke HPAN...naik ngk bini aku...da dia tanya cemana condition baby...aku ckp jela baby ok cuma kena lung infection je. aku ckp macam tade ape je...takut dia sedih lak kali tau menda betul...:(

15/12/09
Mula la rutin aku g melawat ank aku kat SCN tuh...kol 1230-2pm g kajang...pastu lik bangi...kol 430-7pm ke kajang lik...pastu lik bangi lik...kat SCN tuh bapak leh masuk time visiting hour je...kalo mak anytime leh masuk...
Tu la rutin aku sampai ari khamis...tetiap ari aku g sana, ngk baby mema aku ngs je...ko mema xleh nk wat ape..dapat ngk pun da ok...dengan wayar berselirat...blk nk ckp apa kat bini aku...mema aku tipu jela ckp baby ok.:(
Masa kat SCN tuh ank aku kna masukkan tiub utk kuarkan sme menda dlm perut dia, tiub oksigen, tiub susu(ank aku reject susu spital...so kne puasa...sian dhia...) pastu tangan kna cucuk nk masukkan drip water...dedua belah tangan ank aku lebam masa kuar spital:(

Dalam SCN xleh nk amik gambar..ni masa da stage 2..dah kat dalam bilik yg amai baby...baby aku sorg je yg xpakai bj...pakai pampers je...masa ni still pakai oksigen lg..:( da tuh kne kuning lak...2 lampu bg heat kat ank aku...satu biru utk kuning...satu lg lampu kuning bg pnskan baby..:( kulit pun mcm da terbakar je..masa kuar muka dhia da merah padam especially kat pipi..sedih sgt masa nie...:(


17/12/09
Dr kata bini aku da leh discharge da...alhamdulillah...da nk kuar bil lak xsampai...dr pg dr kata leh kuar...sampai la kol 5 br dapat bil..tuh pun aku da push br la dapat bil...
lepas tuh g anta mak mertua aku lik umah dlu...then br g hospital kajang...sampai je aku xleh nk masuk sbb bukan da luar visiting hours..bini aku masuk sorg...mema confirm banjir la SCN tuh...:( da la 1st time dapat ngk baby..skali ngk da mcm tuh lak.
Ni 1st gamba Dhia xpakai oksigen or tiub susu..:)

1st Family pic..:)

18/12/09
Nk tdo kat sana smlm xleh sbb katil xcukup...so jumaat br la leh tdo sana...jumaat anta orang umah aku g kajang,...alhamdulillah..atleast wife aku dpt ngk baby condition closely..
Aku lak..pg kol 10 camtuh g umah mertua aku amik sup ikan haruan...kol 12 g kajang anta kat bini aku...kol 2 lik bangie...kol 4 g kajang lik..kol 7 lik bangie...esoknya ulang menda yg sama gak,...sampaila ari selasa ank aku leh discharge...
Masa ni da ok...bini aku makan makanan yg aku bw...aku rembat makanan ospital kajang...leh thn best makanan ospital kajang...muahaha
Actually ank aku da ok masa tuh..cuma kna stay kat kajang sbb nk kasik antibiotik sampai 7 hari...
Ni 1st time Dhia pakai bj :)



1st time aku dukung Dhia...tetiba nk amik gamba senyum lak dia..:)

BTW, ank aku lahir tepat 11.45pm 14/12/09
bini aku kasik nama Dhia Insyirah bt Razali

Skg ank aku da 37 hari da..alhamdulillah..:)
time kasih pada kengkawan yg wish to us..yg datang melawat.. yg kasik adiah..n yg doakan Dhia cepat sembuh..time kasih banyak2 :)

Papa n Mama luv Dhia..:)

ok nnt aku update agi pape..:D