Thursday, October 22, 2009

Belacan punya cerita

Smlm masa lepak2ngk bite ngn org umah aku...sementara tggu cite sumpah bunian start..aku layan la ngk BELITIn Utama...ngk2bite kat bawah ni masuk...makcik pembungkus belacan didenda 600..mcm kelakar pun ade...

Aku terpk gak..

1. Makcik tu tau ke kandungan protein dlm belacan tuh berapa?? Dia nk ukur pake ape?? Nk ukur berat belacan dia tau la mangkuk..!!

2. Ade ke jabatan kesihatan kasik pekeliling or training kat org yg pembungkus belacan pasal protein sme menda nie?

3. Gla rajin pegawai kesihatan daerah tuh...kalo kat SUNGAI DUA BUTTERWORTH mema tade de ko nk jupe pegawai kesihatan nk anta belacan ke jabatan kimia bagai..

4. Abisla sape2yg jual belacan kat melaka, kedah, ganu, klate sme...baik ko check bape kandungan protein belacan korang..muahahaha

5. Pas ni ade la pegawai kesihatan memana yg nk femes akan anta budu, cencalok ke Jabatan kimia ngk kandungan protein la..leh masuk paper kata dia wat kje...

6. Aku rasa dari kecik mak aku masak pake belacan...da nama pun org melayu...tade lak tercapai dek akal mak aku nk check kandungan protein..pas kuar bite ni mau mak aku check kandungan protein...sian bapak aku makan da tade rasa belacan da....muahahhaha

7. Kemungkinan nasik goreng belacan kegemaran aku akan hilang dari menu sebab mengeluar belacan da xnk kuarkan belacan, kang slh kuar kne saman lak...muahaha....ni xleh time akal ni..muahaha

8. Ko da tade menda lain ke nk check...ko g mapley ngk kebersihan makanan ke...g gerai char koey tiaw longkang kat Bukit Mertajam ke.... Kedai Nasi lemak longkang kat Bukit Mahkota ke...ni makcik bungkus belacan ko ngk...bape la sgt....kalo kedai aku sebut td mema konpem amai org...leh saman lebih ckit..muahaha

9. Series kesian aku ngk makcik tuh...jual 3 bungkus belacan...br rm 7.50...ntah2 makcik tuh kurangkan jd RM 7 je sbb beli banyak....kena saman 600...yg org yg beli pun agak2arr..ape ko rasa kalo mak ko yg jual menda tuh...belacan bai..belacan...bukan one drop perfume yg jual ko leh jd jutawan....ni bape sen je pun untungnya...

10. Lepas ni ko ngk la rega belacan mahal...sebabnya yg jual akan ckp..."belacang ni kandungang proting dia ikot Jabatang kimia" (betul ke loghat aku tulis nie)..muahahaha

11. Series aku xtau pasal kandungan protien dlm belacan or makanan lain..kalo aku salah ke x...tp aku tetap kesian ngan makcik tuh....


Pembungkus belacan kena denda RM600

Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin
hanneeyzah@bharian.com.my

DUNGUN: Seorang pembungkus belacan dijatuhkan hukuman denda RM600 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah menjual belacan yang tidak cukup kandungan protein seperti yang tertera pada label produk itu, April lalu.

Rahani Ali, 56, dari Kampung Kuala Setiu Fikri, Bandar Permaisuri yang membungkus belacan menggunakan label Belacan Cap Udang dituduh menjual tiga bungkus belacan di premis perniagaan Kedai Runcit Aminah Mamat beralamat 780, Jalan UiTM, Kampung Sura Hujung, di sini, jam 11.25 pagi pada 7 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 13B (2) (e) Akta Makanan 1983, yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Dungun, Mohd Yusoff Othman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Selepas rayuan meringankan hukuman, Majistret Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman denda ke atas Rohani RM600. Denda dibayar oleh suaminya Dzurudin Abdullah, 62.

Mengikut fakta kes yang dikemukakan di mahkamah, pada jam 11.25 pagi pada 7 April lalu, Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Dungun, Rani Mohd Yatim melalui Badrulhisham Abidin, 31, membeli tiga bungkus belacan berharga RM2.50 setiap satu.

Pegawai berkenaan kemudian menghantar sampel belacan itu ke Jabatan Kimia di Jalan Cherong Lanjut, Kuala Terengganu untuk dianalisis dan mendapati belacan berkenaan hanya mengandungi 23.75 peratus sumber protein, sekali gus melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang mensyaratkan belacan perlu mengandungi tidak kurang 25 peratus protein.

Rahani ketika ditemui di luar mahkamah berkata, belacan itu dibekalkan seorang pemborong yang berniaga di Pasar Besar Kedai Payang di Kuala Terengganu, yang menghantar bekalan belacan ke rumahnya di Kampung Gong Batu, Setiu untuk dibungkus, sebelum diambil semula pemborong itu untuk diedar dan dijual ke seluruh negeri ini.

“Saya sudah hampir lima tahun menjalankan perniagaan ini dan kebiasaannya membeli kira-kira 20 guni belacan seberat 50 kilogram setiap satu. Kemudian saya membungkusnya untuk dijual dengan harga RM2.50. Saya tidak pernah tahu pula mengenai kandungan protein belacan ini dan tidak tahu menjadi satu kesalahan jika protein kurang, ” katanya.

1 comments:

Love... said...

ELOP PAK CIK JALI...
...congrats for becoming a daddy...

Post a Comment