Monday, September 27, 2004

weekend yang sangap..

Ape la nasib bebudak kat cni..adeke patut time weekend leh lak diorg x on tenet,ape lagi sangap la semua budak2 yang xbalik..termasuk aku ..huhu ade ape yang menarik kat cni weekend sbb amai sgt budak2 yang balik so xde menda nk wat..aku..huhu tdo jela. semalam baru la meriah ckit sbb ade pertandingan takraw tertutup MICET tp final xberlangsung lagik sbb ape ntah..seperti biasa geng2aku la yang masuk final..apitt&cd,so kitorg pun bodek2la..manela tau dpt mkn free..huhu..
mlm semalam gak ade mlm LAILATUL AFNAN yang bersifat keagamaan tp aku dengan malas dan berat ati pun xg lah...huhu..kul 12 semalam start la study engneerng math,almaklumla ade test arini,tgk2batal lak...pokemon..huhu..
okes la aku nk siap2g kelas nie,kul430 nie..k chow sin

Wednesday, September 22, 2004

a new KPMB's forum

askum sume kengkawan...
semalam dengan bangganya aku telah berjaya mengupload forum utk website kolej lama aku KPMB..so sesapa yang nk tgk leh join http://kpmb.skolblog.net sebenarnya aku manage ckit2je yang susah2je nolong aku si epan ( http://www.silenteve.net) and bad( http://www.skolblog.net) yang telah bagi pinjam database ngan jadik sub-domain dia..huhu...dpt loan aku banje cendol sowang 2mangkuk...
Bila wat forum nie mcm2la komen yang aku dapat,ade yang xnk join la,aku pun pelik..kalo xnk join mampus la banyak lagi budak kpm yang minat..jgn la remehkan usaha org yang wat web nie,bukan dapat duit pun..cume xnk hubungan antara ex-kpmb terputus je..so sape yang nk masuk,masuk la..xnk xyah..buang masa aku je layan..
Aku dok tunggu je bila la dak bad nk letak banner dia kat atas web aku tuh,almaklumla dia yang sponsor database ngan domain..huhu..
nk lunch nie..ayam goreng sama kerabu perut..perghhh

Monday, September 20, 2004

xde benda..

last weekend aku balik putra jupe geng2aku kat sane,sampai je ptg tuh terus g pekena cendol yang dikatakan sedap oleh bad,leh thn gak sedapnya.. astu terus g umah bad saje tgk2umah dia,tgk2diorg main game silent hill4(sape nk dptkn trailler yang telah di rip leh bad leh donlod kat http://www.skolblog.net -promote huhu) pastu si mamat pun dh ubah domain dia http://www.silenteve.net dulu hikarionline.net -promote lagik..huhuhu...

ari sabtu nk wat ape lagik,dating la dgn awek tersayang huhu..tgk2ptg tuh ujan lak..adus sungguh sengsara nk balik,ujan un xpela,janji rock:D mlm tu lak nizam banje mkn,elok la lgpun aku dh ampir kering sbb terikut cara bad&epan mkn,dh berjangkit penyakit perut b_nc_t hehe..

ari ahad balik la balik kat uniKLnie..sangap je balik sengsorg,dhla jauh..atas bas duduk sebelah mapley..malang sungguh nasib akuh..

Pg tadik g tampin sbb kad aku kene blok,tertuka kad ngan jawa,nasib baik keja je proses dia. ptg td kelas english,skg dok lepak jela..sangap...

Friday, September 17, 2004

Antara kejayaan Zahid dengan Irma Nurzahrah

Askum..pagi td bukak je email tgk2 menda nie dh ade kat e-mail aku..so aku pun copy paste bg sume org baca and think about it..

HARI ini jika ditanya 10 orang Melayu di negara ini, mungkin lima atau lebih daripada mereka kenal siapa dia Zahid, bukan Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Pelancongan, tetapi Ahmad Zahid Baharuddin juara Akademi Fantasia 2 (AF2).
Tetapi jika ditanya siapa anak Melayu bernama Irma
Nurzahrah Junian, jangankan 10, tanya 1,000 orang Melayu pun belumtentu ada yang mengenali beliau. Kejuaraan Debat Universiti Dunia yang diadakan diUniversiti Teknologi Nanyang, Singapura awal tahun ini disertai lebih 1,000 peserta daripada lebih 100 universiti termasuk Malaysia. Irma Nurzahrah, 22, dari Malaysia dinobatkan pemidato terbaik dunia apabila beliau mengalahkan peserta dari Universiti British Columbia dan Universiti Alberta, Kanada pada peringkat akhir.Tetapi sayangnya, orang kita mungkin kurang tahu hal ini kerana kurang atau tiada liputan media mengenainya. Inilah manifestasi kemelut minda orang Melayu yang seolah-olah tidak tahu lagi membezakan antara kaca dengan permata. Ia bukan saja menjangkiti orang Melayu kebanyakan bahkan kelas atasan seperti ahli korporat, pemimpin dan cerdik pandai turut dijangkiti 'wabak' ini walaupun bukan semua. Budaya mengidolakan artis atau berhibur semakin menjadi-jadi dewasa ini bahkan ada kalanya sehingga pada tahap melampau. Jika tiada hiburan majlis, program, sambutan dan apa saja peristiwa seakan-akan tidak sempurna. Daripada program amal sehinggalah ke program motivasi pelajar sekolah, artis mendapat tempat amat istimewa pada mata penganjur. Mungkin inilah puncanya sehingga ulama terpaksa bersuara agak nyaring sehingga menusuk gegendang telinga banyak pihak yang mendengar. Hatta, pada Muktamar Pas, baru-baru ini turut dilaporkan ada cadangan daripada ahli sayap Wanita parti itu yang bercadang ingin mengguna pakai pendekatan berkonsert bagi menarik minat lebih ramai orang muda terhadap parti itu, walaupun kononnya dengan pendekatan yang lebih Islamik. Soalnya, kenapa mesti hiburan?

Untuk 'perjuangan' 10 minggu, artis seperti Zahid di AF2, Melayu sanggup menitiskan air mata, berbelanja sehingga RM7.5 juta untuk khidmat pesanan ringkas (SMS), demam panas, membuang masa berjam-jam menonton televisyen serta mengadakan majlis sambutan dan penghargaan untuknya setelah beliau dinobatkan sebagai juara. Kebetulan hampir semua universiti baru saja selesai mengadakan majlis konvokesyen masing-masing. Tetapi bagi pelajar Melayu yang lulus cemerlang selepas berhempas pulas bertahun-tahun memerah otak untuk memakai jubah dan menerima ijazah pada majlis konvokesyen, ada sesiapa yang menangis selain ibu bapa mereka atau membuat sambutan bagi menghargai usaha dan kejayaan mereka kerana mereka anak kelahiran tempat atau daerah tertentu? Apakah usaha Zahid seorang sehingga berjaya menyarung jubah 'konvokesyen' AF2 setanding usaha seorang pelajar Melayu yangberjaya menamatkan pengajian walaupun cacat penglihatan?
Apa hebatnya Zahid yang berjaya mengalahkan peserta dari negeri lain dengan mendendangkan lagu Biarkan Bulan Bicara dan Milikku berbanding Irma Nurzahrah dan rakannya Raihan Ismail yang berjaya ke peringkat akhir debat dunia kategori bahasa Inggeris sebagai bahasa keduamembahaskan tajuk That Japan Should Involve In Peacekeeping In Foreign Land mengalahkan peserta dari negara lain?
Nampaknya menyarung jubah AF dan menerima hadiah daripada Ramli MS lebih mahal pada mata kebanyakan orang Melayu daripada menyarung jubah konvokesyen dan menerima segulung ijazah daripada canselor atau rektor universiti. Apa sudah jadi?
Sindrom berhibur melampau ini sebenarnya menampakkan kecetekan jiwa dan minda bangsa Melayu yang sejak sekian lama sememangnya berkrisis. Kemelut minda orang Melayu telah lama menjadi topik dan tema pelbagai perbincangan, tulisan dan seminar inisiatif cerdik pandai dan pemimpin Melayu.
Namun, hingga kini ia masih sukar untuk dirungkai.Salah siapa? Mereka yang berbincang, menulis atau berseminar atau mereka yang malas berfikir. Berhibur tidak salah jika kena pada tempat dan caranya. Tetapi berhibur semata-mata bukanlah cara bangsa yang merdeka. Hidup penuh hiburan adalah simptom kejatuhan dan keruntuhan sesuatu tamadun.
Barat berdiri megah kerana maju. Malangnya jiwa bangsa mereka tempang kerana hedonisme menjadi sebahagian budaya hidup mereka. Tamadun yang mereka bina sebenarnya menuju kelam. Allah swt tidak melarang manusia berhibur mengikut lunas petunjuk-Nya, tetapi Allah mengangkat darjat orang yang berilmu. Jika kita dambakankejayaan duniawi dan ukhrawi maka hendaklah menjadi hamba kepada ilmu dan bukannya menjadi abdi kepada hiburan. Orang Melayu di negara ini memikul dwiamanah yang cukup besar sifatnya Sebagai khalifah mentadbir alam ini daripada manusia pertama bernama Adam as, dan sebagai pewaris kedaulatan tanah tumpah darah ini daripada pejuang kemerdekaan silam. Pada 31 Ogos, genap 47 tahun kita merdeka daripada penjajahan imperialis. Kita seronok kibarkan bendera dan laungkan merdeka,tetapi mungkin tiada yang menitiskan air mata menginsafi pengertian, keperitan dan pengorbanan di sebalik erti sebuah kemerdekaan melainkan mereka yang terbabit melakar sejarah itu.
Tetapi yang menghairankan apakah alasan orang kita menangis melihat idola mereka 'terkorban' dalam AF dan rancangan seumpamanya. Jangan sampai kita menang sorak, tanah tergadai kerana kita memang telah banyak bersorak untuk perkara yang tidak berfaedah.
Maka, jika selepas ini ada sesiapa yang bertanya Irma Nurzahrah itu anak siapa, kelahiran mana dan belajar di universiti mana untuk memberi penghargaan kepadanya, terserahlah kepada orang Melayu sendiri untuk mencari jawapannya, jika masih ada yang sudi.

so..what do you think..??

Wednesday, September 15, 2004

Pembetulan Gathering

Setelah diadakan meeting wat kali ke-2 yang bertempat di Cafe UniKL MICET,yang dihadiri oleh ex-student KPMB yang sambung blaja kat cni telah memerima cadangan pengarah projek--SHAAN-- utk menunda gathering kita tuh,(aku rase dia nk tunda sbb xnk tunjuk pipi dia yang bengkak sebab dia baru wat operate gusi..nk gelak pun xleh..hohoho)

Dengan suka atinya aku nk mengumumkan bahawa mini gathering kita kat MINES sabtu ni(18/9) adalah ditunda ke 2/10/2004. Ini kerana terdapat sesetengah team yang xdapat gaji lagi pada time tuh so kalo 2hb sume org dapat gaji&cuti sabtu pertama,datangla beramai2 ke mini gathering yang akan diadakan nnt. peringatan..JGN LUPA BAWA ADIAH YANG BERNILAI ATAS RM2 (RM2.10 pun kira ok la..janji bawak) sebab kita akan adakan acara tukar2 adiah..

back to my diary...
semalam ari yang paling bahagia dalam idup sepanjang kat MICET nie,dapat jugak aku merasa nk main tenet kat dalam bilik,pergh nikmat..dengan kelajuan yang luar biasa,mengalahkan streamyx sbb hanya 3org pakai tenet semalam..aku org ke2:D
dan malam semalam jugak aku dapat chat ngan geng2aku,sape lagik bad ngan mamat la,diorg dh berubah angin dr makan LYECHEEKANG kepada CENDOL, ntah pape ntah..maybe cendol kat medan tu sedap kot,balik ni aku pun nk tryla..(p/s sesapa yang belum try pekena LYECHEEKANG kat medan selera kat PRESINT8 lehla try,sedap siot....rasa macam lyecheekang..wakakakakakaka)

Aku pun sempat la jugak bukak website Bad,mak aii no komen aku bila tgk interface dia yang kale itam pastu line kalo oren(nk ckp keling kang kecik ati member aku tuh..huhu) tp sebenarnya dia penyokong zahid AF tuh,sbb tu orange,nyway member aku sume kate web dia gempak berbanding web farid..wakakakaka.
setalah beberapa bulan dok under development je,lastly geng aku pun siap lawat web dia. http://www.hikarionline.net bukak la pastu kasik komen..hehehehe...

k lah, aku nk sambung wat chapter exam CISCO ni...

Thursday, September 09, 2004

DAMIT..!!

lama xtgk blog akuh nie, minggu nie mema bz xhingat punya, and arini aku aku ade test engineering mathematic, astaga panat je aku study dekat seminggu tgk2 soalan ape ntah yang kuar..balik test tadik sume muke muncung je...phm2jela.

ni pun aku update sebab nk carik bahan utk wat asg tamadun islam,kalo xde asg nk wat mema xdela aku nk jejak lab memalam nie..

kat cni aku ade satu announcement nnk wat...KEPADA SEMUA EX KPMB..SATU REUNION AKAN DIADAKAN PADA 18/9 NIE KAT MINES..PAPEHAL BOLEH KONTEK APITT..XPUN KALO XDE KEDIT LEH ANTA JE KAT KOMEN POST NIE..:D


Thursday, September 02, 2004

ANWAR BEBAS...!!!!

lunch tadik aku bukak web utusan,konon nk bc bite tp main bite dia paling top..Mahkamah Persekutuan terima rayuan Anwar ..means Anwar Ibrahim dh bebas drpd pertuduhan kat dia...xtaula dia wat menda tu ke x,tp yang pasti we can see in physical dia mema cukup baik..nyway WELCOME BACK ANWAR TO PERMATANG PAUH..

mid sem break,merdeka...

lame dh xjenguk web nie,almaklumla bila cuti sem mane la nk ingat update web ke hape ke,dh nama cuti aku cuti tul2la..hehehe.. ape nk cite ekk..mase cuti mid sem aritu aku balik la ke kg kesayangan aku kat penang sana..dh dekat 4bulan aku xbalik sana...dh banyak perubahan yang berlaku kat kg aku tuh..dh siap pun tapak masjid baru kat depan kg aku tuh...

satu benda je yang xberubah..jalan dari dulu berdebu jerk..dh banyak kali org komplen kat YB,mustahil YB xnmpk,dia pun lalu ikut jalan tu ari2..xtaula kalo kete dia kalis debu kot...tp dia sepatutnya alert la dengan keadaan camni,kesian aku tgk org yang naik moto (termasuk aku) kene redah habuk...bapak aku kata YB mesti ada time pape tuh dr syarikat construction tuh,kalo x mesti dh amik tindakan...camne la org kg aku leh time YB yang xleh wat kija...

sepanjang cuti mid sem aku mema lepak kat umah jela,malam kuar g permatang pauh(kawasan wan azizah) pekena char koew tiaw kat sane..perghh....sedapsss gile,aku tiap2 malam rembat 2pinggan..baru 4hinggit,kalo kat kl mau dh 7hinggit..:D

ape lagik keje aku mase cuti..makan tdo jela..buku bawak balik belambak..ingat nk baca pastu mema dok dlm beg jela buku tuh..:D

aku balik cni ari selasa malam ngan member aku..dia kija librarian kat tempat aku..sampai kat melaka dh kul 530pg,kul 9pg dh ada kelas..masak aku..mata merah je g kelas..

arini aku xde kelas sgt..ptg nie ade kelas NOS pastu dh abis..jumaat lepak..
k lah ujan pun dh reda,nk g lunch jap..